Kuasai sejarah MA63 elak manipulasi fakta era AI – Abang Johari

SIBU – Golongan belia disaran memperkukuh kefahaman berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan sejarah negara sebagai perisai untuk menangkis manipulasi fakta pada era kecerdasan buatan (AI) kini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, kesedaran tersebut amat penting bagi menyemai rasa hargai terhadap asas penubuhan negara, di samping mengiktiraf hak mutlak Sarawak.

“Pada masa lalu, Sarawak menghadapi kekangan dalam melaksanakan hak tersebut, namun situasinya berbeza hari ini kerana kita telah berkembang kukuh dari segi ekonomi dan institusi.

“Kita kini berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik untuk mempertahankan hak Sarawak selari dengan semangat MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog awam bersempena dengan sambutan Hari Sarawak 2026 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Rabu.

Sesi berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol selaku moderator.

Mengulas lanjut, Abang Johari menyarankan pihak institusi pengajian tinggi (IPT) agar memantapkan lagi silibus berkaitan sejarah penubuhan Malaysia dan MA63.

Jelasnya, pemahaman sejarah berteraskan fakta sahih akan melatih graduan dan bakal penjawat awam untuk menilai maklumat secara kritis, lebih-lebih lagi apabila medium AI semakin meluas dijadikan alat carian utama.

“AI hanya mampu menjana maklumat berdasarkan data yang dipelajari, dan ia tidak semestinya mencerminkan fakta yang tepat jika sumber rujukannya tidak boleh dipercayai,” tegas beliau.

Justeru, beliau menggesa generasi muda agar sentiasa bersandarkan kepada sumber sejarah yang berwibawa demi memastikan kedudukan sebenar Sarawak dalam Persekutuan Malaysia kekal terpelihara dan difahami dengan tepat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman