Tulisan Cina dipasang bersama mercu tanda ‘IPOH’, MBI sahkan imej tular palsu

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengesahkan imej tular yang memaparkan kononnya terdapat tulisan bahasa Cina dipasang bersama mercu tanda ikonik “IPOH” di atas bukit berhampiran Jalan Kuala Kangsar, di sini adalah palsu dan telah dimanipulasi, sekali gus menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan dakwaan tersebut tidak benar serta tidak menggambarkan keadaan sebenar di lokasi berkenaan.

Menurutnya, tulisan ikonik “IPOH” telah diturunkan pada 15 Julai lalu bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan ke atas struktur serta keadaan fizikal mercu tanda berkenaan.

“Langkah ini diambil bagi memastikan mercu tanda ikonik itu sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terpelihara sebagai salah satu simbol kebanggaan Bandar Raya Ipoh.

“Kerja-kerja pemasangan semula tulisan ‘IPOH’ dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos ini, tertakluk kepada keadaan cuaca serta kelancaran kerja di tapak,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, penyebaran imej yang telah dimanipulasi bersama kenyataan tidak benar merupakan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan salah faham, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kandungan berkenaan juga mempunyai unsur fitnah dan berpotensi menjejaskan imej, keharmonian serta reputasi Bandar Raya Ipoh,” katanya.

MBI memandang serius penyalahgunaan teknologi AI atau suntingan digital bagi menghasilkan kandungan palsu yang mampu mencetuskan ketegangan, kebencian dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, pihaknya sedang meneliti perkara berkenaan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap mana-mana individu atau pihak yang dikenal pasti terbabit dalam penghasilan serta penyebaran kandungan palsu tersebut.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai, mengulas atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya, sebaliknya membuat semakan menerusi saluran rasmi MBI sebelum berkongsi sebarang kandungan.

“MBI menyeru orang ramai agar memainkan peranan bersama dalam membendung penyebaran berita palsu dengan mengamalkan prinsip ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’,” tegas kenyataan itu.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran