Buruh maut dihempap lori dipandu remaja tiada lesen

ROMPIN – Seorang buruh ladang warga Indonesia maut selepas motosikal yang dinaikinya dihempap sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Utama Ladang Kosma di sini, Sabtu lalu.

Mangsa, Hendrawan, 24, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada Selasa selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Toyota itu dipandu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu manakala penumpangnya berusia 17 tahun.

Menurutnya, dalam jam 5.45 petang itu, lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Perumahan Ladang Kilang Kosma menuju ke kawasan pembinaan Ladang Kosma sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Setiba di lokasi kejadian, lori itu kemudian terbalik di bahu jalan sebelah kanan dan menghempap motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Pembonceng motosikal yang berusia 24 tahun, sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pemandu lori mengalami kecederaan pada tangan dan kaki kanan manakala penumpangnya cedera pada mata kiri.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu lori mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Pemandu lori mempunyai lima saman atas pelbagai kesalahan, manakala kedua-dua kenderaan yang terlibat tidak mempunyai cukai jalan yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan