Klinik Kesihatan Sungai Manila masih di peringkat pra-pelaksanaan

KOTA KINABALU – Cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 6 beserta kuarters di Sungai Manila, Sandakan masih berada di peringkat pra-pelaksanaan dan belum dapat diteruskan ke peringkat tender.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, projek berkenaan masih dalam proses penyelarasan serta kelulusan semula dokumen teknikal dan kewangan sebelum boleh diteruskan ke fasa seterusnya.

“Projek ini belum dapat diteruskan ke peringkat tender kerana masih dalam proses penyelarasan serta kelulusan semula dokumen teknikal dan kewangan,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa dalam Mesyuarat Kedua Dewan Undangan Sabah ke-17, di sini, pada Rabu.

Tambah Julita, dokumen Preliminary Details Abstract (PDA) telah diterima dan dibentangkan, namun anggaran kos projek meningkat daripada RM15 juta kepada RM34.82 juta berikutan pertukaran tapak, perubahan reka bentuk serta kenaikan harga pasaran semasa.

“Justeru, permohonan Notice of Change (NOC) perlu diangkat bagi menaikkan siling projek kepada RM35 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kini sedang menyediakan dokumen untuk dibawa semula ke Mesyuarat PDA sebelum projek dapat meneruskan proses pelaksanaan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula