Tujuh nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Tanjung Kidurong

BINTULU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan asing dari Vietnam yang dipercayai menceroboh perairan negara bagi menangkap ikan secara haram pada Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot berkenaan dipintas pada kedudukan 95 batu nautika di barat laut Tanjung Kidurong sekitar jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, penahanan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan serta rondaan penguatkuasaan menerusi Op TIRIS 4.0, Op PERMAI 01/2019 dan Op NAGA.

“Pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan dikendalikan tujuh kru warga Vietnam termasuk seorang nakhoda berusia lingkungan 30 hingga 52 tahun.

“Kesemua mereka didapati menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, bot berserta semua kru yang ditahan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi proses perundangan.

Mengulas lanjut, Muhammad Suffian menjelaskan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Jika disabitkan kesalahan, akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta bagi pemilik bot, manakala RM100,000 untuk setiap kru kapal.

Tegasnya, pihak Maritim Malaysia komited mempertingkat operasi pemantauan bagi membendung ancaman pencerobohan nelayan asing yang rakus mengaut sumber perikanan negara.

Komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut digesa supaya menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254, Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) atau talian kecemasan 999.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September