‘Pelaksanaan manifesto lebih penting daripada janji’- Aminuddin

SEREMBAN – Manifesto yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 merupakan satu pelan tindakan realistik dan mampu dilaksanakan sepenuhnya secara holistik.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, komitmen itu sudah dibuktikan melalui rekod prestasi pentadbiran sepanjang lapan tahun lalu iaitu hampir kesemua tawaran sebelum ini berjaya ditunaikan.

Menurut beliau, PH meletakkan aspek pelaksanaan sebagai keutamaan berbanding retorik politik dalam memastikan kebajikan seluruh sektor dan golongan rakyat di Negeri Sembilan terus terbela.

“Kami sudah buktikan lapan tahun kami melaksanakan manifesto-manifesto, melainkan yang membabitkan undang-undang yang tidak diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagi saya yang paling penting, manifesto ini mampu dilaksanakan, bukan hanya janji. Kita tak perlu berjanji tetapi pelaksanaan adalah keutamaan bagi kami,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto PH Negeri Sembilan, pada Isnin.

Sementara itu, ditanya mengenai kegagalan pelaksanaan sebahagian kecil manifesto lalu, Aminuddin mengambil contoh cadangan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal yang terpaksa digugurkan akibat kekangan politik sebelum ini.

“Contohnya, hanya dua penggal untuk Menteri Besar. Ditolak awal oleh UMNO dulu. Jadi itu yang kita tak boleh laksanakan.

“Selain daripada itu, kita dapat laksanakan. Itu antara bukannya janji, tapi pelaksanaan dan manifesto sedia ada juga sentiasa terbuka untuk ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua calon PH bertanding menjadikan manifesto berkenaan sebagai senjata utama kempen, berbanding melayan provokasi atau retorik kosong.

Aminuddin yang juga calon PH DUN Linggi berkata, setiap calon disaran memahami intipati tawaran berkenaan secara mendalam agar ia dapat disampaikan dengan berkesan kepada pengundi.

“Saya akan pastikan mereka (calon) hari-hari baca, faham, sampaikan kepada rakyat apa yang ingin kita buat.

“Bukannya kita buat fitnah, kita bergaduh, kita menyampaikan perkara yang tak perlu. Yang rakyat inginkan adalah sebuah manifesto yang boleh dilaksanakan dan saya yakin kami mampu laksanakan berdasarkan track record yang ada,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR