Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

SEREMBAN – Ketiadaan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pelancaran Manifesto PH Negeri Sembilan tidak seharusnya dijadikan isu susulan pimpinan negeri mampu meneruskan agenda dirancang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia juga bukan petanda kelemahan kempen gabungan itu, sebaliknya ia membuktikan keyakinan terhadap kepimpinan negeri untuk menggerakkan jentera pilihan raya.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan menghadiri siri ceramah dan program kempen PRN Negeri Sembilan di Sikamat serta Paroi, pada Rabu.

“Takkan hari-hari saya nak bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini. Kita sudah dimaklumkan beliau akan hadir pada Rabu. Insya-Allah kita bertemu di Sikamat dan Paroi dalam majlis yang besar.

“PH negeri mempunyai keupayaan untuk meneruskan gerak kerja kempen secara tersusun tanpa perlu bergantung kepada kehadiran pemimpin tertinggi pada setiap program,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto PH Negeri Sembilan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, jadual kempen Perdana Menteri perlu disusun mengikut kesesuaian memandangkan Anwar turut mempunyai tanggungjawab sebagai ketua kerajaan.

“Atas keyakinan beliau kepada pimpinan yang ada di Negeri Sembilan, inilah pimpinan yang ada dalam PH.

“Kita kena yakin bahawa tanpa kehadiran beliau pun kita boleh melaksanakan tugas, apatah lagi dengan kehadiran beliau,” katanya.

Mengulas pelancaran manifesto, Aminuddin berkata, PH sengaja mempercepatkan pelancarannya bagi membolehkan calon mempunyai masa mencukupi menjelaskan kandungan manifesto kepada pengundi sepanjang tempoh berkempen.

“Hari ini kita buktikan, kita sudah siapkan manifesto, tak tunggu lama. Kita nak siap cepat dan kita nak sampaikan kepada rakyat. Ini bukti kita, ini janji kita kepada rakyat dan Insya-Allah kita mampu laksanakan,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR