Kota Belud diiktiraf sebahagian KUGGp, Tamu Kota Belud perlu penilaian menyeluruh

KOTA KINABALU – Daerah Kota Belud kini diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) sejak Mei 2023, namun pengiktirafan Tamu Kota Belud sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO memerlukan proses penilaian yang komprehensif.

Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, Taman-Taman Sabah selaku agensi peneraju (KUGGp) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh pemuliharaan dan promosi warisan budaya di daerah tersebut melalui penganjuran Tamu Geopark.

“Inisiatif ini mengangkat Tamu Kota Belud sebagai platform mempromosikan gastronomi, pakaian tradisional, kraftangan, seni budaya, produk tempatandan geoproduct berasaskan komuniti, di samping meningkatkan nilai tambah pelancongan serta menjanamanfaat ekonomi kepada komuniti setempat.

“Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan secara kolaboratif dibawah Jawatankuasa Infrastruktur dan Pemerkasaan Komuniti Daerah Kota Belud.

“Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Belud, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Sabah Tourism Board (STB), Muzium Sabah serta komuniti tempatan bagi memperkukuh pemeliharaan dan promosi warisan budaya daerah,” katanya semasa berucap dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, berhubung cadangan pengiktirafan Tamu Kota Belud sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Andi berkata, proses tersebut memerlukan penelitian dan persediaan yang komprehensif serta mengambil tempoh masa yang panjang.

“Antara keperluan utama termasuk kajian menyeluruh terhadap elemen warisan budaya ketara dan tidak ketara, pendokumentasian sumber warisan termasuk sebarang struktur atau tinggalan bersejarah yang berkaitan.

“Selain itu, penyediaan bukti sejarah dan saintifik yang kukuh, serta pembuktian Outstanding Universal Value (OUV) mengikut kriteria yang ditetapkan oleh UNESCO.

“Di samping itu, sebarang cadangan pencalonan juga perlu melalui proses pengenalpastian, pendokumentasian dan pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan selaras dengan perundangan serta mekanisme warisan yang berkuat kuasa sebelumdipertimbangkan untuk pencalonan ke peringkat UNESCO,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU-16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU-16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut