Ahli Parlimen Sabah digesa suarakan kelewatan projek sekolah di Dewan Rakyat

KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Datuk James Ratib menggesa semua Ahli Parlimen Sabah membawa isu kelewatan projek pembinaan sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan ke Dewan Rakyat bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

Menurut James, projek pembinaan sekolah merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, justeru sokongan semua Ahli Parlimen Sabah amat penting bagi memastikan isu berkenaan mendapat perhatian kementerian berkaitan di peringkat Persekutuan.

“Saya minta kepada semua Ahli Parlimen dari Sabah supaya menyuarakan projek-projek pembangunan Persekutuan ini di Parlimen kerana semua menteri berada di Dewan Rakyat.

“Suarakan perkara ini supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Silam, Datuk Mohammad Yusof Apdal, yang membangkitkan kelewatan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binuang serta Sekolah Kebangsaan (SK) Unico di Lahad Datu, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Selain itu, James berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) turut membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun Satu mulai sesi persekolahan 2027, termasuk penempatan guru, penambahan kemudahan sekolah dan usaha mengurangkan beban tugas guru.

Jelasnya, antara langkah yang diambil ialah mengurus penempatan guru baharu daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara terancang.

“Pelantikan guru secara Kontrak Perkhidmatan (COS) turut dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negeri.

“Bagi mengurangkan beban tugas guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPNS sedang meneliti cadangan penambahan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk membantu mengurus urusan bukan akademik supaya guru dapat memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran,” katanya menjawab soalan ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin.

Tambah James, dari aspek kemudahan fizikal, kerajaan turut melaksanakan pembinaan bilik darjah tambahan, pengubahsuaian dan naik taraf bilik darjah sedia ada, selain melaksanakan sistem persekolahan dua sesi di sekolah-sekolah yang memerlukan.

“Dari aspek kemudahan fizikal, langkah yang diambil adalah seperti pembinaan bilik darjah tambahan, pengubahsuaian dan naik taraf bilik darjah sedia ada serta pelaksanaan persekolahan dua sesi di sekolah-sekolah yang memerlukan,” ujarnya.

  • Related Posts

    Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

    IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

    ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

    Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

    Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

    Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

    Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

    Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

    Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

    Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

    Dua kenderaan bertembung, dua maut

    Dua kenderaan bertembung, dua maut

    Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

    Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan