Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

KUALA PERLIS – Bangkai seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy atau lebih dikenali sebagai empesut ditemukan terdampar di Pantai Kurung Tengar, di sini semalam.

Mamalia marin seberat kira-kira 120 kilogram dan sepanjang 222 sentimeter itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 5 petang sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada Jabatan Perikanan Perlis.

Pengarah Perikanan Perlis, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, lima anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan digerakkan ke lokasi kira-kira 10 minit selepas panggilan diterima.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 5.45 petang dan mendapati bangkai ikan lumba-lumba berkenaan berada di atas batu benteng pemecah ombak.

“Bangkai itu kemudian dibawa ke darat bagi membolehkan proses pengumpulan data dan pemeriksaan lanjut dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan luka pada badan mamalia tersebut yang dianggarkan seberat kira-kira 120 kilogram.

Katanya, sampel bangkai turut diambil bagi tujuan kajian asid deoksiribonukleik atau DNA sebelum bangkai berkenaan ditanam di lokasi lain.

Sementara itu, pertubuhan pengkaji dan pencinta alam semulajadi negeri, Perlis Nature Xplorer (PNX) mengenal pasti mamalia marin berkenaan sebagai lumba-lumba Irrawaddy atau empesut.

Penemuan itu menarik perhatian berikutan spesies berkenaan lazimnya mendiami kawasan pesisir pantai, muara sungai serta perairan cetek.

Ikan lumba-lumba Irrawaddy ialah mamalia marin unik yang diancam kepupusan, bercirikan rupa kepala bulat tanpa muncung, dan mendiami kawasan pesisir pantai serta sungai utama di Asia Tenggara.

Foto: PNX/ Suryani Hassan

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September