SMJE salur RM89.5 juta dividen, SST dan CSR kepada kerajaan negeri

KOTA KINABALU – SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menyalurkan RM89.461 juta kepada kerajaan negeri menerusi pembayaran dividen, Cukai Jualan Negeri (SST) dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Daripada jumlah itu, RM50 juta merupakan pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 2025, RM37.961 juta ialah pembayaran SST bagi tahun lalu, manakala RM1.5 juta disalurkan bagi inisiatif CSR.

Penyerahan sumbangan itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Bangunan Dewan Undangan Negeri, di sini, pada Selasa.

Hajiji berkata, pembayaran dividen dan SST itu mencerminkan prestasi kewangan SMJE yang mampan serta kejayaan syarikat milik kerajaan negeri itu dalam melaksanakan mandat meningkatkan penyertaan Sabah dalam sektor minyak dan gas.

“Sumbangan CSR itu turut mencerminkan komitmen terhadap pembangunan modal insan serta kebajikan sosial di negeri ini.

“Sejak 2023, SMJE telah membayar dividen terkumpul berjumlah RM210 juta kepada kerajaan negeri.

“Sehingga 31 Disember 2025, Kumpulan SMJE memiliki aset bernilai RM4.82 bilion dan merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM58.7 juta meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan geopolitik,” kongsinya.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMJE, Datuk Dr Dionysia Kibat menyerahkan replika cek pembayaran dividen dan SST kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

Beliau turut menyerahkan sumbangan CSR sebanyak RM1 juta kepada Tabung Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang diterima Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Norlijah Danin, serta RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) yang diterima Pengarahnya, Datuk Diyanah Abdullah.

Dalam pada itu, Pengerusi SMJE, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, prestasi syarikat itu membuktikan nilai pengurusan aset strategik Sabah secara berdisiplin, profesional dan berorientasikan jangka panjang.

“Tanggungjawab kami adalah mengurus pelaburan strategik negeri secara berhemah agar ia terus memberikan pulangan yang mampan serta manfaat yang berkekalan kepada Sabah, bukan sahaja untuk hari ini tetapi juga untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih