ADUN Nabawan gesa mekanisme subsidi BUDI Diesel di Sabah dikaji semula

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan menggesa Kerajaan Persekutuan meneliti semula mekanisme pelaksanaan Program BUDI Diesel di Sabah dengan mengambil kira realiti kehidupan masyarakat luar bandar dan pedalaman yang bergantung kepada kenderaan diesel untuk kelangsungan hidup.

Beliau, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, pelaksanaan subsidi diesel itu sememangnya bertujuan memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang layak, namun kaedah pelaksanaannya perlu lebih fleksibel bagi memenuhi keperluan rakyat di Sabah.

Katanya, kawasan pedalaman seperti Nabawan mempunyai cabaran tersendiri termasuk bentuk muka bumi yang sukar, penempatan yang berjauhan, akses terhad kepada stesen minyak serta liputan internet yang masih belum menyeluruh.

“Kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman menggunakan kenderaan pacuan empat roda, jentera pertanian dan enjin diesel sebagai keperluan harian untuk mencari rezeki, bukannya sebagai simbol kemewahan.

“Kerajaan Persekutuan perlu mengambil kira realiti kehidupan masyarakat di pedalaman Sabah. Di kawasan seperti Nabawan, amalan berkongsi penggunaan kenderaan dalam keluarga adalah perkara biasa,” katanya ketika membentang perbahasaan Rang Undang-Undang, di sini pada Selasa.

Sementara itu, beliau memberi contoh situasi seorang bapa yang bekerja sebagai petani menggunakan sebuah pacuan empat roda berkuasa diesel untuk mengangkut hasil pertanian, namun kenderaan itu didaftarkan atas nama anak yang bekerja di bandar, atau sebaliknya.

“Keadaan sedemikian boleh menyebabkan golongan yang benar-benar layak berdepan kesukaran untuk menikmati subsidi di bawah Program BUDI Diesel.

“Kerajaan memperkenalkan program itu bagi mengelakkan ketirisan subsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab, namun usaha membanteras penyalahgunaan tidak seharusnya membebankan rakyat yang mematuhi undang-undang.

“Di manakah peranan agensi penguat kuasa dalam membanteras penyeludupan, penyelewengan dan penyalahgunaan diesel bersubsidi? Mengapa rakyat biasa pula terpaksa melalui pelbagai syarat dan kesukaran untuk mendapatkan subsidi?” ujarnya.

Dalam pada itu, Ghani memohon agar Kerajaan Negeri menyampaikan kegusaran rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan supaya mekanisme pelaksanaan Program BUDI Diesel bagi Sabah dapat dikaji semula dengan pendekatan yang lebih sesuai dan fleksibel.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan rakyat yang benar-benar layak, khususnya di kawasan pedalaman, tidak tercicir daripada menikmati subsidi diesel yang disediakan kerajaan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan