Cadangan Taman Perindustrian Kimanis digugurkan, Beaufort dipertimbang sebagai lokasi baharu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan pembangunan taman perindustrian baharu di Kimanis berikutan implikasi kos pengambilan tanah yang tinggi, sebaliknya kini meneliti Beaufort sebagai lokasi alternatif yang lebih berdaya maju.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Jonnybone J. Kurum berkata, cadangan penubuhan taman perindustrian di Kimanis sebelum ini telah dikenal pasti sebagai antara lokasi berpotensi untuk memperkukuh pembangunan sektor perindustrian negeri.

Bagaimanapun, katanya, hasil penilaian awal yang dilaksanakan kementeriannya bersama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mendapati kawasan yang dicadangkan berdepan cabaran besar dari aspek pengambilan tanah.

“Berdasarkan semakan awal, dianggarkan lebih daripada 1,500 pemilik geran tanah akan terlibat sekiranya pembangunan taman perindustrian diteruskan di lokasi tersebut.

“Keadaan ini akan memberi implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan Negeri, khususnya melibatkan kos pengambilan tanah serta kemungkinan kos pemindahan penduduk yang terlibat,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Saifuddin Pengiran Tahir, mengenai sama ada cadangan penubuhan taman perindustrian di Kimanis akan diteruskan dan jenis industri yang dirancang untuk dibangunkan, di sini pada Selasa.

Menurut Jonnybone, mengambil kira faktor kos, impak kepada penduduk serta keperluan memastikan pembangunan dilaksanakan secara mampan, Jemaah Menteri pada Februari 2025 memutuskan supaya cadangan pembangunan taman perindustrian di lokasi yang dikenal pasti di Kimanis tidak diteruskan.

“Saya menegaskan keputusan itu tidak bermakna agenda pembangunan perindustrian Sabah dihentikan.

“Sebaliknya, kementerian telah mengambil langkah proaktif dengan meneroka kawasan alternatif yang lebih sesuai, termasuk Beaufort, bagi memastikan pelaksanaan projek dapat diteruskan dengan lebih efektif,” ujarnya.

Menurutnya Beaufort kini sedang dinilai kerana mempunyai kedudukan strategik selain memerlukan pengambilan tanah yang lebih rendah berbanding lokasi asal di Kimanis.

“Pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan kos pembangunan awal serta mempercepatkan proses perancangan dan pelaksanaan projek.

“Kementerian kini sedang menyelaras penilaian bersama agensi-agensi berkaitan bagi menentukan kesesuaian Beaufort sebagai lokasi baharu pembangunan taman perindustrian, termasuk menilai kos pengambilan tanah dan aspek pelaksanaan lain.

“Pendekatan tersebut selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap pembangunan taman perindustrian dilaksanakan secara strategik, berdaya maju dan mampu memberikan pulangan ekonomi optimum kepada Sabah, di samping meminimumkan kos pembangunan serta impak terhadap penduduk setempat,” jelasnya.

Dalam pda itu Jonnybone menegaskan, kerajaan negeri akan terus menumpukan usaha memperkukuh sektor perindustrian melalui pemilihan lokasi yang lebih praktikal dan mampan bagi menarik pelaburan baharu, mewujudkan peluang pekerjaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Related Posts

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya susulan mesej tular mengenai cubaan beberapa bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

KUCHING – Sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada 22 Julai bukan sekadar cuti umum, sebaliknya merupakan simbol kebangkitan perjuangan dalam memartabatkan maruah dan identiti wilayah itu. Yang di-Pertua Negeri Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

Peluang 50-50 DUN Chuah, Boon Lye tekad teruskan agenda pembangunan ekonomi

Peluang 50-50 DUN Chuah, Boon Lye tekad teruskan agenda pembangunan ekonomi

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan