PH kesal bendera parti dan bahan kempen dibakar, dirosakkan

SEREMBAN – Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) menerima beberapa laporan kerosakan bahan kempen di beberapa kawasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Sekretariat Pusat Media PRN Negeri Sembilan PH berkata, laporan membabitkan bendera dibakar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong malam tadi dan pancang bendera rosak dipercayai akibat perbuatan khianat di DUN Chembong, pagi ini.

“PH berhak mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Tindakan khianat ini adalah kesalahan sekiranya terbukti bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera, atau sepanduk dikhianati, dirosakkan, atau diturunkan pihak lawan,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sekretariat Pusat Media PRN Negeri Sembilan PH itu menyebut, Pengarah Pilihan Raya Bilik Gerakan DUN sudah dinasihatkan membuat laporan sewajarnya.

“Begitupun, kami berharap perkara seumpama ini tidak melarat menjadi budaya dalam kalangan penggiat politik dalam negara ini.

“Kami juga berharap seluruh anggota dan jentera PH tidak membalas perbuatan ini yang mungkin dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan keadaan.

“Berkempenlah dengan sihat kerana hak untuk berpolitik dan berkempen termaktub secara tidak langsung dan dilindungi mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui beberapa peruntukan Kebebasan Asasi (Bahagian II) serta hak politik asas lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata polis membuka dua kertas siasatan berkaitan perbuatan khianat dalam tempoh dua hari proses PRN Negeri Sembilan berlangsung.

Beliau menerusi kenyataan memaklumkan, kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, susulan dua laporan polis dibuat di Kuala Klawang, Jelebu.

“Pada 19 Julai, seorang lelaki mendapati bahan kempen, bendera parti Pakatan PH dan juga banting parti dirosakkan dan dibuang ke dalam longkang .

“Selain itu seorang lagi lelaki mendapati ada kesan torehan pada bahagian ‘bumper’ hadapan kenderaannya dan mengesyaki dilakukan individu tidak dikenali selepas pemasangan bendera parti.

“Secara kumulatif, tiga laporan polis diterima dan dua kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya setakat ini,” katanya.

  • Related Posts

    PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

    KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

    KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

    PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

    Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

    Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

    Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

    • By Fatin
    • October 6, 2026
    Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

    Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

    Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

    Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

    Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

    Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

    Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan