Dr Hafidzah yakin Zailan mampu bawa suara rakyat Johol ke DUN

JOHOL – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol,  Zailan Munawwar disifatkan sebagai pemimpin berpengalaman dan berwibawa untuk mewakili suara rakyat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Kelantan, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, Zailan bukanlah individu baharu dalam khidmat masyarakat kerana telah lama terbabit dalam pelbagai usaha membantu rakyat, selain memiliki pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pernah berkhidmat sebagai Penyelaras DUN Johol.

Menurutnya, beliau mengenali Zailan bersama isterinya, Faridah sejak lebih 40 tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Australia, sekali gus menyaksikan sendiri komitmen dan keperibadian calon PH itu.

“Saya menjadi saksi bahawa Haji Zailan bukan orang baharu dalam khidmat masyarakat. Pengalaman beliau dalam bidang pengurusan, selain pernah menjadi Penyelaras DUN Johol, membuktikan kemampuan beliau memahami keperluan rakyat serta menggerakkan pembangunan di kawasan ini.

“Rekod perkhidmatan yang ditunjukkan selama ini menjadi kelebihan besar untuk beliau meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat Johol,” katanya ketika turun berkempen membantu calon PH itu.

Beliau yakin, dengan sokongan pengundi, Zailan mampu menjadi wakil rakyat yang berkesan di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi memastikan suara penduduk Johol terus didengari.

Dr. Hafidzah turut mengajak pengundi memberikan mandat kepada Pakatan Harapan bagi mengekalkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun atau Tok Min demi kesinambungan kestabilan dan pembangunan negeri.

“Undi Zailan untuk Johol. Undi Zailan untuk mengekalkan Tok Min menerajui Negeri Sembilan. Kekalkan Harapan, teruskan kestabilan dan kemajuan demi rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Zailan Munawwar akan berdepan satu lawan satu menentang penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Saiful Yazan Sulaiman bagi kerusi DUN Johol pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit