Pengalihan utiliti, pengambilan tanah antara punca kelewatan Pan Borneo Sabah

KOTA KINABALU – Pengalihan utiliti, pengambilan tanah, keadaan geoteknik, isu teknikal di tapak serta prestasi kontraktor dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, dakwaan bahawa kelewatan projek hanya berpunca daripada pemindahan tiang elektrik adalah tidak tepat kerana pelaksanaan projek itu melibatkan pelbagai cabaran teknikal dan penyelarasan yang kompleks.

“Pengalihan utiliti merupakan antara komponen paling kritikal dalam pelaksanaan projek kerana kerja-kerja pembinaan tidak dapat diteruskan selagi utiliti sedia ada seperti tiang elektrik, kabel telekomunikasi dan aset utiliti lain masih berada dalam jajaran pembinaan.

“Kerja-kerja pembinaan tidak dapat dilaksanakan di kawasan yang masih mempunyai utiliti sedia ada atas faktor keselamatan, risiko gangguan bekalan serta kemungkinan kerosakan kepada infrastruktur utiliti.

“Justeru, semua utiliti perlu dialihkan terlebih dahulu sebelum pembinaan dapat diteruskan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Ir. Chin Shu Ying pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Isnin.

Menurutnya, proses pengalihan utiliti bukan sekadar memindahkan aset, sebaliknya melibatkan beberapa peringkat penting termasuk pengesahan kedudukan utiliti, penyediaan reka bentuk, kelulusan teknikal, penyediaan koridor utiliti, penyelarasan bersama pemilik utiliti serta pelaksanaan kerja-kerja pengalihan.

“Proses berkenaan memerlukan koordinasi yang rapi antara pelbagai agensi dan pemilik utiliti bagi memastikan kerja pengalihan dapat dilaksanakan dengan selamat tanpa menjejaskan kesinambungan perkhidmatan kepada pengguna.

”Selain isu utiliti, faktor lain seperti proses pengambilan tanah, keadaan geoteknik di lokasi tertentu, penyelesaian isu teknikal di tapak dan prestasi kontraktor turut mempengaruhi kemajuan setiap pakej projek.

“Bagi mempercepatkan pelaksanaan projek, kerajaan telah memperkukuh mekanisme penyelarasan melalui Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo serta mesyuarat penyelarasan berkala di peringkat tapak,”ujarnya.

Tambahnya, isu-isu kritikal yang memerlukan keputusan dasar turut dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi melibatkan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia serta Kementerian Kerja Raya Sabah bagi mempercepatkan proses penyelesaian dan mengurangkan impak terhadap pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, Joachim berkata kerajaan turut menambah baik pendekatan pelaksanaan projek infrastruktur masa hadapan dengan memberi penekanan kepada kerja-kerja awalan sebelum pembinaan dimulakan.

“Antara langkah yang diberi keutamaan ialah penyediaan reka bentuk terperinci, pengambilan tanah dan pengalihan utiliti lebih awal supaya isu pelaksanaan dapat dikenal pasti dan diselesaikan sebelum memasuki fasa pembinaan.

“Pendekatan ini diyakini mampu mengurangkan risiko kelewatan serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus memantau kemajuan setiap pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah secara berterusan bagi memastikan projek infrastruktur strategik itu dapat disiapkan mengikut perancangan, berkualiti serta memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri Sabah.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan