Kompleks Sukan Membakut disenarai dalam RMK13

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah merancang membina Kompleks Sukan Membakut yang telah disenaraikan sebagai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kementerian kini sedang meneruskan proses pewartaan tanah yang dikenal pasti bagi pelaksanaan projek berkenaan.

“Anggaran kos serta tempoh pelaksanaan hanya akan dimuktamadkan selepas semua prosedur dipenuhi, termasuk proses pengambilan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Pembinaan Kompleks Sukan Membakut telah disenaraikan di bawah projek pembangunan RMK13.

“Perancangan kementerian seterusnya adalah untuk pewartaan tanah yang telah dikenal pasti bagi projek ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke -17 Sabah, pada Isnin.

Menurutnya, kementerian bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut dan pegawai berkaitan telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pada 18 Julai lalu bagi meneliti kesesuaian lokasi.

Jelasnya, kementerian kini sedang mengenal pasti keperluan teknikal serta kesesuaian tapak, termasuk keluasan tanah, akses jalan, utiliti asas dan potensi pembangunan jangka panjang bagi memastikan projek dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Sementara itu, menjawab soalan berkaitan cadangan pembinaan Mini Kompleks Sukan Sungai Manila, Nizam berkata projek berkenaan akan dipertimbangkan di bawah Rancangan Malaysia yang akan datang.

Tambah Nizam, cadangan itu tertakluk kepada ketersediaan tapak yang sesuai serta kelulusan peruntukan kerajaan.

“Setakat ini belum ada tapak tanah yang dikenal pasti untuk pembinaan mini kompleks sukan berkenaan.

“Selain itu, Kompleks Sukan Sandakan yang terletak berhampiran Sungai Manila masih mampu menampung pelaksanaan aktiviti sukan penduduk kawasan itu dan kini sedang melalui proses naik taraf bagi meningkatkan kemudahan serta kualiti fasiliti sedia ada,” ujarnya.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX