Pengundi perlu bijak nilai rekod, kerjasama Pas-BN sebelum ini

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) menggesa pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menilai rekod pentadbiran, prinsip dan asas kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan bukan sekadar melihat gabungan politik yang dibentuk.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, kerjasama politik seharusnya dibina atas dasar yang jelas, kejujuran kepada rakyat dan komitmen terhadap tadbir urus yang baik.

Beliau berkata, rakyat masih mengingati tempoh ketika Pas dan BN pernah berada dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang menurutnya menyaksikan pelbagai cabaran termasuk ketidakstabilan politik serta isu keyakinan pelabur.

“Kerjasama politik bukan sekadar soal mendapatkan kemenangan pilihan raya, ia adalah soal arah tuju negara, kestabilan pentadbiran dan keyakinan rakyat terhadap prinsip yang dibawa oleh sesebuah gabungan.

“Adakah kerjasama ini benar-benar berasaskan kesepakatan untuk rakyat, atau sekadar strategi mendapatkan kuasa politik?” soalnya dalam satu satu kenyataan sempena kempen PRN Negeri Sembilan hari ini.

Menurut Dr Sathia yang juga Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, perubahan pendirian politik antara parti-parti yang sebelum ini saling mengkritik turut menimbulkan persoalan sama ada prinsip yang diperjuangkan kekal atau berubah mengikut keperluan politik semasa.

“Apabila dua pihak yang sebelum ini mempunyai pendirian politik yang berbeza akhirnya memilih untuk bekerjasama demi kuasa, persoalan yang wajar ditanya oleh rakyat ialah apakah prinsip itu kekal, atau hanya bergantung kepada keperluan politik semasa?

“Jika dahulu terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua parti, rakyat berhak mengetahui apakah asas perubahan tersebut dan apakah jaminan bahawa kepentingan rakyat akan menjadi keutamaan,” katanya.

Dr Sathia berkata, politik matang bukan bermaksud tidak boleh bekerjasama kerana ia adalah perkara biasa dalam demokrasi namun mesti dibina atas dasar yang jelas, kejujuran kepada rakyat dan komitmen terhadap tadbir urus yang baik.

“Rakyat semakin bijak menilai. Jangan gunakan prinsip hanya apabila ia menguntungkan, dan jangan tinggalkan prinsip apabila kuasa menjadi keutamaan.

“Kerana dalam politik, rakyat mungkin lupa kata-kata tetapi rakyat tidak akan lupa rekod dan tindakan,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit