Kursus sulaman Inokang perkasa kemahiran, jana ekonomi masyarakat Paitan

PAITAN – Penganjuran Kursus Kelas Asas Sulaman Baju Tradisi Etnik Inokang mampu meningkatkan kemahiran peserta, memelihara warisan budaya serta membuka peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, hasil sulaman dan kraftangan tempatan berpotensi dipasarkan secara lebih meluas dengan memanfaatkan teknologi digital, media sosial serta platform e-dagang.

Menururnya, Kursus Kelas Asas Sulaman Baju Tradisi Etnik Inokang bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran peserta, tetapi turut menjadi medium memelihara sejarah, identiti dan warisan budaya masyarakat Sabah.

“Warisan budaya ini perlu diperkasakan melalui pendekatan baharu dengan memanfaatkan teknologi digital, media sosial serta platform e-dagang bagi memperluaskan pasaran hasil sulaman dan kraftangan tempatan.

“Usaha ini bukan sahaja dapat memartabatkan warisan budaya, malah membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat setempat,” ujarnya semasa merasmikan kursus berkenaan sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sesi 2025–2030 di Dewan KDCA Daerah Paitan dekat Sandakan pada Sabtu.

Dalam pada iu, James turut menggesa golongan belia melihat kemahiran sebagai aset penting dalam membina masa depan, selain menggabungkan ilmu, kreativiti, teknologi dan inovasi untuk meningkatkan daya saing komuniti luar bandar.

“Gabungan ilmu, kreativiti, teknologi dan inovasi mampu menjadikan komuniti luar bandar seperti Paitan lebih berdaya saing serta mampu bersaing dalam ekonomi moden.

“Usaha ini bukan sahaja dapat memartabatkan warisan budaya, malah membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan semua ahli JKKK supaya melaksanakan amanah dengan penuh integriti, tanggungjawab dan komitmen kerana mereka merupakan barisan hadapan kerajaan yang paling hampir dengan rakyat.

Menurutnya, JKKK memainkan peranan penting dalam mendengar suara masyarakat dan membantu menyelesaikan pelbagai isu di peringkat akar umbi.

Beliau berharap penganjuran kursus sulaman serta pelantikan JKKK baharu menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat Paitan yang lebih maju, kreatif dan sejahtera.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air