Dua DUN PRN Negeri Sembilan hadapi saingan 5 penjuru – Pengerusi SPR

SEREMBAN – Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan menyaksikan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi lima penjuru sekali gus menjadi saingan paling sengit pada PRN kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, secara keseluruhannya seramai 103 calon daripada pelbagai parti politik dan calon bebas disahkan bertanding selepas proses penamaan calon selesai di lapan pusat penamaan calon di seluruh negeri.

Beliau berkata, sebanyak 103 kertas penamaan calon diterima dan disahkan selepas tempoh penyerahan dokumen ditutup pada pukul 10 pagi.

“Daripada jumlah itu, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 36 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 25 calon, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 24 calon, Perikatan Nasional (PN) 11 calon, Parti Orang Malaysia Asli (ASLI), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Barisan Jamaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) masing-masing seorang calon dan empat calon bebas.

“Daripada keseluruhan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, sebanyak 21 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 11 kerusi dua penjuru, dua kerusi empat penjuru, dua kerusi lima penjuru,” katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, daripada keseluruhan calon yang bertanding, seramai 94 adalah lelaki manakala sembilan lagi wanita.

Beliau turut memaklumkan calon tertua yang bertanding berusia 70 tahun mewakili PH iaitu di DUN Gemenceh Abdul Latif A Tambi manakala calon termuda berusia 23 tahun daripada Bersatu, M Leevisnhwaraan di DUN Sri Tanjung.

“Tempoh berkempen bermula sebaik sahaja pengisytiharan calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan akan berakhir pada 11.59 malam, 31 Julai depan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi Malaysia, Kementerian Komunikasi, petugas media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan proses penamaan calon berjalan lancar,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014