Pindaan RUU Komunikasi dan Multimedia dibentangkan kali pertama

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 bertujuan memperkukuh rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat dengan memasukkan elemen pemeliharaan keselamatan negara, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Menurut naskhah RUU berkenaan, pindaan itu membabitkan Seksyen 202 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala subfasal 2(a) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu (1A) dan (1B) ke dalam seksyen itu.

“Ia bagi membolehkan Menteri mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyokong inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan.

“Iaitu berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, atau kedua-duanya demi kepentingan keselamatan negara,” menurut RUU itu.

Cadangan pindaan memperuntukkan bahawa inisiatif berkenaan, termasuk menggalakkan pemasangan kemudahan rangkaian serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara.

“Dengan penentuan mengenai aspek keselamatan itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut Seksyen 4 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

“Kategori tambahan ini adalah bagi mewujudkan rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif, dengan mengambil kira evolusi dalam industri komunikasi dan multimedia, kemajuan teknologi dan keperluan negara dari aspek keselamatan,” katanya.

RUU berkenaan turut mencadangkan supaya semua inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang dilaksanakan di bawah peruntukan baharu itu hendaklah selaras dengan matlamat Akta 588.

Menurut subfasal 2(b), pindaan terhadap subseksyen 202(2) turut dicadangkan bagi membolehkan Menteri menggubal peraturan di bawah Seksyen 16 Akta 588 berhubung inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat.

Related Posts

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Perlis berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan lebih 86 peratus daripada mereka dapat bertemu doktor dalam tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

PADANG BESAR – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya caj penghantaran perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) mulai 1 Oktober ini bagi meringankan beban pesakit yang menggunakan kemudahan berkenaan. Menteri Komunikasi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar