RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

KUALA LUMPUR – Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) menggesa kerajaan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam dasar keselamatan jalan raya dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, latihan dan peningkatan kompetensi pengguna, berbanding hanya bergantung kepada penguatkuasaan.

Pengerusinya, Jamil Manan Supri berkata, walaupun saman trafik, kompaun dan tindakan terhadap pesalah penting bagi memastikan pematuhan undang-undang, pendekatan itu sahaja tidak mencukupi untuk membentuk pengguna jalan raya yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Peningkatan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya menunjukkan negara perlu beralih kepada pendekatan pencegahan melalui pendidikan serta perubahan tingkah laku.

“Saman trafik, kompaun, dan penyitaan kenderaan yang tidak berlesen sememangnya perlu bagi memastikan undang-undang dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Namun begitu, Jamal Manan berkata, angkah-langkah ini sahaja tidak akan mampu melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin, kompeten dan bertanggungjawab.

Justeru, persatuan itu menggesa pihak berkuasa beralih daripada pendekatan yang hanya menekankan penguatkuasaan kepada usaha pencegahan melalui pendidikan, latihan profesional dan perubahan tingkah laku.

“RSEA mencadangkan kerajaan mewajibkan latihan khas kepada semua pemandu kenderaan barangan berat (HGV) dan kenderaan perdagangan, termasuk penilaian kompetensi berkala, latihan persepsi bahaya, pemanduan berhemah serta pengurusan keletihan.

“RSEA juga mencadangkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah bagi memupuk budaya keselamatan sejak usia muda, selain memperkenalkan Akta Dram Shop untuk meletakkan tanggungjawab terhadap premis yang menghidangkan alkohol kepada pelanggan yang mabuk sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Jamil berkata, keselamatan jalan raya perlu dilihat sebagai isu pendidikan, kesihatan awam dan perubahan tingkah laku, bukan semata-mata soal penguatkuasaan.

Beliau menegaskan reformasi berasaskan pendidikan dan kompetensi mampu mengurangkan kemalangan, menyelamatkan lebih banyak nyawa serta mengurangkan kerugian ekonomi negara dalam jangka panjang.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit