Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor mendakwa berlaku kekeliruan berhubung pelaksanaan tugas ejen tempat mengundi (polling agent) di sebuah pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu.

Pengarah Hal-Ehwal Undang-Undang (KANUN) Amanah Johor, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa petugas polling agent PH di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Abong diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Katanya, arahan itu dibuat atas alasan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hanya seseorang ‘polling agent’ dibenarkan bertugas selama dua jam.

“Saya dimaklumkan beberapa tempat pusat pengundian terutama di DUN yang berpotensi dimenangi oleh PH telah cuba dibuat tindakan yang tidak sewajarnya oleh pihak KTM.

“Saya telah dimaklumkan di DUN Simpang Jeram iaitu di SK Sungai Abong, petugas polling agent PH diarahkan untuk keluar kerana kononnya terdapat arahan SPR bahawa seorang polling agent hanya boleh bertugas selama dua jam sahaja.

“Ini jelas bertentangan dengan Perenggan 2.4 dan Perenggan 4 Buku Panduan SPR, yang jelas menyatakan tempoh minimum seorang Polling Agent adalah 2 jam dan bukannya tempoh maximum,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Ahmad Fadhli Umar berkata, pihaknya menyeru semua pihak yang terlibat dalam proses pengundian agar bertindak secara profesional serta mematuhi undang-undang.

“Satu laporan polis serta bantahan mengikut Perenggan 5 Buku Panduan SPR akan dibuat sewajarnya,” katanya.

Related Posts

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu saling menghormati mandat rakyat serta bekerjasama demi memastikan pembangunan Johor dan kesejahteraan rakyat terus diperkasakan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk terus mentadbir Johor apabila mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan menguasai 41 kerusi Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan