TIDAK RASMI: BN dahului 41 kerusi, PH 15 DUN PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk terus mentadbir Johor apabila mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan menguasai 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 7.30 petang.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pakatan Harapan (PH) setakat ini memenangi 15 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda masih belum memenangi sebarang kerusi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkembangan tersebut sambil menyifatkan keputusan awal itu sebagai petanda positif buat gabungan berkenaan.

Beliau berkata, BN menguasai undi tentera pada PRN Johor kali ini termasuk menang besar di DUn Mahkota.

Sebaik kiraan undi awal selesai, BN memperoleh 3,465 undi mengatasi Pakatan Harapan (PH) dengan 302 undi, sementara 64 undi diperoleh calon Parti Bersama Malaysia (Bersama).

“Semua saluran tentera kita (BN) menang besar,” menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang di Bilik Gerakan Utama (BGU) BN bagi PRN Johor, di sini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya terus bertenang dan menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum meraikan kemenangan

DUN Mahkota dan Johor Jaya antara kawasan yang merekodkan jumlah undi tentera tinggi.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026