5,430 rumah mampu milik dibangunkan berhampiran LRT3

SHAH ALAM – Sebanyak 5,430 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sedang dan akan dibangunkan dalam lingkungan 1.5 kilometer dari jajaran Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bagi memperluaskan peluang rakyat memiliki kediaman berkualiti yang dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan awam.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berkata, pembangunan itu merangkumi projek yang telah siap, sedang dalam pembinaan serta projek yang akan dilaksanakan di sepanjang laluan LRT3.

Menurut LPHS, Rumah Selangorku (RSKU) ditawarkan pada harga antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan keluasan 800 hingga 1,000 kaki persegi.

Bagi kategori kediaman komersial mampu milik pula, harga jualan ditetapkan antara RM230,000 hingga RM270,000 dengan keluasan sekitar 450 hingga 550 kaki persegi.

“Projek yang sedang dibina dijangka siap sepenuhnya antara tahun 2027 hingga 2028, manakala pemohon yang berminat bagi projek dalam pembinaan dan projek akan datang boleh membuat permohonan melalui portal eHartanah LPHS,” katanya.

LPHS turut memaklumkan sebahagian unit yang telah siap dibina akan ditawarkan menerusi Skim Smart Sewa yang diuruskan oleh anak syarikat agensi itu, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang belum bersedia untuk memiliki rumah sendiri.

Menurut LPHS, pembangunan di sepanjang jajaran LRT3 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kawasan bandar yang lebih mampan, di samping menggalakkan lebih banyak projek perumahan mampu milik dibangunkan di lokasi strategik berhampiran sistem pengangkutan awam.

“Inisiatif ini diyakini dapat memperluaskan akses rakyat kepada kediaman yang berkualiti, selesa didiami dan mempunyai hubungan terus dengan rangkaian pengangkutan awam yang cekap, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri memperkukuh pembangunan berorientasikan transit (TOD),” katanya.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat