Undi Khuzzan dapat DAP cerita lapuk, politik takutkan Melayu sokong PH perlu dihentikan

BATU PAHAT – Dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa satu undi kepada Mohd Khuzzan Abu Bakar bermakna satu undi kepada DAP sebagai ‘cerita lama’ yang tidak lagi relevan untuk dimainkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mohd Khuzzan yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah berkata, masyarakat ketika ini sudah memahami keadaan politik semasa dan tidak lagi mudah dipengaruhi dengan sentimen yang mengaitkan sokongan kepada seseorang calon dengan parti tertentu.

Menurut beliau, naratif menakutkan pengundi Melayu daripada menyokongnya pada PRN Sabtu ini adalah pendekatan lama yang tidak sepatutnya terus dibawa dalam kempen politik, khususnya ketika rakyat mahu melihat perbincangan berkaitan pembangunan dan kebajikan.

“Kalau sentimen satu undi untuk saya dan satu undi untuk DAP, itu adalah cerita lama. Itu adalah suatu perkara  yang tidak seharusnya perlu diluahkan oleh seorang Menteri Besar. Siapalah saya ini.

“Pada saya, kita kena realistiklah. Kita kena faham. Masyarakat di luar sana memahami tentang keadaan politik. Tapi pada saya, saya komited untuk memberi perkhidmatan. Saya beri perkhidmatan tidak kira kepada kaum, bangsa, agama ataupun berbeza parti.

“Ini kerana tugas saya InsyaAllah ialah untuk memastikan bahawa khidmat saya kepada masyarakat di Semerah secara keseluruhan adalah demi membangunkan masyarakat. Itu sahaja daripada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada The Malaysia Press (TMP) pada program Program Jelajah Jauhar MADANI di Sri Sulong, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Khuzzan berkata, pendekatan sedemikian yang diambil oleh Onn Hafiz tidak lagi sesuai kerana rakyat kini lebih menilai kemampuan seseorang calon untuk berkhidmat.

Beliau memaklumkan, fokus utama pihaknya adalah memastikan Semerah terus mendapat pembangunan yang lebih mampan serta masalah penduduk diberi perhatian tanpa mengira perbezaan politik.

“Saya faham kenapa mereka masih lagi dengan sentimen takut menakutkan kerana kita faham kedudukan semasa di kawasan Semerah ini. InsyaAllah kepada penduduk di Semerah ini, kita fokus, pastikan bahawa tujuan kita ialah untuk membangunkan Semerah.

“Kita jangan fikir benda yang lain dan saya komited untuk membantu membela semua masyarakat di kawasan ini, tak kira parti, tak kira apa. Sebab bila kita dipilih sebagai atau diberi mandat sebagai wakil rakyat Semerah,

“Tanggungjawab saya adalah kepada masyarakat bukan kepada parti. Jadi, InsyaAllah saya akan beri yang terbaik kepada masyarakat di Semerah,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja