Pilihan rakyat: Calon atau parti?

BATU PAHAT – Suasana kempen di Batu Pahat semakin rancak menjelang baki tempoh berkempen sekitar 11 jam sebelum rakyat Johor mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Pecutan terakhir calon dengan sesi ceramah berlangsung hampir setiap malam, selain kerap turun bertemu pengundi dari rumah ke rumah selain kibaran bendera parti-parti politik menghiasi jalan lebih banyak berbanding minggu pertama kempen.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati sebahagian besar pengundi masih menilai kredibiliti setiap calon sebelum memangkah kertas undi pada 11 Julai nanti.

Pekerja swasta, Mohamad Nazmi Faiq Mohamad Baharudin, 30, seorang wakil rakyat harus mudah didekati, memahami isu setempat dan benar-benar be­kerja untuk rakyat di kawasan tersebut.

Beliau yang juga pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah menyakini calon PH, Mohd Khuzzan Abu Bakar memiliki potensi memenangi kerusi di kawasan tersebut kerana dilihat kerap turun padang yang mempamerkan pemimpin itu benar-benar bekerja untuk rakyat serta mampu menyuarakan isu penduduk.

“Sama ada Pakatan Harapan (PH) ke, Barisan Nasional (BN) ke atau Perikatan Nasional (PN) tapi indvidu kawasan itu sendiri. Kalau individu itu sendiri jenis menjaga kawasan, menyenangkan rakyat mungkin itu yang pengundi akan terus pegang.

“Khuzzan pun dia menyantuni rakyat juga jadi rakyat mungkin boleh buat pilihan terbaik dan pilihan itu pilihan masing masing.

“Jadi seeloknya (sokong PH) kalau rakyat nak menyokong BN, mungkin diorang boleh bersatu padu dulu seperti mana PH bersatu barulah kami sokong semula,” katanya kepada TMP ketika ditemui pada Program Jelajah Jauhar MADANI di Sri Sulong, pada Khamis.

Dalam pada itu, pekerja kilang, Muhammad Syaiful Rizal b Md Sidek, 22, berkata, turut tidak menjadikan warna parti sebagai pilihan utama namun memilih seseorang untuk menjadi jurucakap, pembela dan penyelesai masalah di kawasan yang telah diamanahkan kepadanya.

Beliau yang menetap di Taman Sri Sulong, Semerah berpendapat, pihaknya memilih berasaskan calon sering melihat bahawa personaliti yang kuat mampu membawa perubahan walaupun parti berada dalam keadaan kuat mahupun lemah.

“Asalkan calon itu boleh buat kerja, bagus, amanah dan mampu untuk bertugas serta berkemampuan menjaga rakyat, saya pun tak kisah orang luar atau tempatan.

“Saya tak kisah dari mana-mana parti tapi perlu  dengan pakej lain seperti rajin, amanah dan berkemampuan membantu pengundi nanti,” katanya.

Bagi seorang anak muda, Muhd Ezlan Kamarudin, 23, pula mengharapkan calon yang dipilih memberi perhatian terhadap pemerkasaan pembangunan sukan di DUN Semerah, khususnya dengan memperbanyakkan kemudahan dan program untuk golongan belia.

Katanya, sukan seperti futsal dan badminton mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan anak muda di kawasan itu, namun kemudahan serta penganjuran pertandingan masih boleh dipertingkatkan.

“Ramai belia di Semerah minat bermain futsal dan badminton, tetapi kami perlukan lebih banyak gelanggang yang diselenggara dengan baik serta kejohanan yang dianjurkan secara konsisten untuk mencungkil bakat.

“Saya mahu memilih calon yang bukan sahaja bercakap mengenai pembangunan, tetapi benar-benar mengambil berat keperluan belia termasuk dalam aspek sukan kerana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan mengelakkan golongan muda daripada terjebak dengan gejala tidak sihat,” katanya.

Related Posts

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar akan mengangkat segera aduan nelayan Orang Asli persisir pantai berhubung dakwaan pencerobohan bot pukat tunda di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya