89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 116 117 114 117 110 32 107 101 32 68 117 110 32 83 101 110 103 103 97 114 97 110 103 32 117 110 116 117 107 32 109 101 109 98 101 114 105 32 100 117 107 117 110 103 97 110 32 107 101 112 97 100 97 32 99 97 108 111 110 32 80 97 107 97 116 97 110 32 72 97 114 97 112 97 110 32 115 97 117 100 97 114 97 32 79 110 110 32 65 98 117 32 66 97 107 97 114 32 11
BATU PAHAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau membeli sebuah kenderaan mewah jenama BMW untuk kegunaan peribadi.
Beliau berkata, kenderaan yang digunakannya itu bukanlah dibeli kerajaan menggunakan wang rakyat, sebaliknya dikurniakan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berseloroh sanggup memandu Perodua Kancil jika diminta bagi menjawab kritikan pihak tertentu kerana menggunakan BMW sebagai kereta rasmi kerajaan.
“Dia (orang luar) kata Anwar ada motokar besar (sedangkan) kereta yang saya pakai malam ini Agong bagi.
“Saya kata kepada Tuanku, ampun Tuanku dan saya ambil, daftarkan jadi milik Jabatan Perdana Menteri, bukan saya punya,” katanya dalam ucapan program Yok! Meriahkan Johor Undi Harapan di Banang Jaya, Senggarang, pada Khamis.
Hadir sama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH)
Anwar yang juga Presiden PKR turut menyifatkan kritikan terhadap penggunaan kenderaan rasmi itu tidak wajar kerana lebih banyak isu besar melibatkan penyalahgunaan wang dan aset negara yang sepatutnya diberikan perhatian.
“Orang curi berbilion-bilion ringgit duit negeri, ambil tanah, ambil balak, ambil projek, itu diam. Kita pakai kereta kerajaan, dia marah, kata Anwar sudah naik kereta besar.
“Iyalah…nak suruh Perdana Menteri pakai Kancil (Perodua) pun saya boleh pakai. Saya bukan jadi masalah,” selorohnya sehingga mengundang gelak ketawa penyokong yang hadir.
Penafian itu dibuat susulan dakwaan yang tular di platform media sosial berhubung status pemilikan kenderaan BMW yang digunakan Perdana Menteri sebelum ini.
Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan kereta jenis BMW yang digunakan Perdana Menteri baru-baru ini adalah aset sedia ada milik kerajaan dan bukannya kenderaan rasmi baharu.
Kenyataan sama memaklumkan kenderaan itu ialah aset di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan untuk kegunaan logistik rasmi negara.


