Anwar gesa hentikan politikkan isu Najib, fokus kebajikan rakyat

KULAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 agar tidak lagi menjadikan isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan kempen politik.

Sebaliknya, beliau berkata, tempoh berkempen perlu dimanfaatkan untuk mengemukakan tawaran dan penyelesaian terhadap isu yang dihadapi rakyat, termasuk memperkukuh ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Itu Datuk (Seri) Najib (Razak) sekarang dalam penjara, jangan kacau dia… kalau tanya saya, sudah-sudahlah… tapi hutang (IMDB) kita bayar sekarang… sampai sekarang belum habis bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan di sini, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan masih menanggung komitmen kewangan yang besar susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekali gus mengehadkan keupayaan untuk menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada keperluan rakyat.

Menurut beliau, beban hutang berjumlah RM51 bilion yang sedang dilunaskan kerajaan sepatutnya dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh sektor pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur dan bantuan kepada golongan miskin sekiranya penyelewengan tidak berlaku.

“Kalau ada itu wang (dan) tak payah bayar (hutang) IMDB, kita boleh bagi untuk sekolah, hospital, buat jalan dan bagi makan orang miskin… sekarang tak boleh,” katanya.

Turut hadir pada program itu Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula