Fahmi Fadzil bakal bergelar Datuk Seri, Seniman Nordin Ahmad dianugerah Datuk

GEORGETOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mendahului senarai penerima Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib.

Pengerusi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang berkata, Fahmi, 45, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai akan menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat penganugerahan itu akan berlangsung selama empat hari bermula esok iaitu 11, 13, 14 dan 15 Julai dengan seramai 101 individu akan menerima darjah kebesaran manakala 1,120 lagi bakal menerima bintang dan pingat kehormatan negeri.

“Penerima terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), usahawan tempatan serta ahli badan sukarelawan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, seramai 19 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengerusi MARA Incorporated Sdn Bhd, Datuk Wira Abdul Halim Mohammad; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Penang, Datuk Loo Lee Lian; Pengarah Urusan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, Tan Sri Murugan Doraisamy dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah.

Sementara itu, seramai sembilan individu bakal menerima Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) serta 103 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk antaranya termasuk bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail dan Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Datuk Amran HafizAffifudin.

Choo Kiang berkata, seramai 72 individu akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang juga membawa gelaran Datuk antara penerimanya adalah pelakon filem Melayu tersohor yang juga Pengarah dan Penulis Skrip Cathay-Keris Film Productions, Allahyarham Nordin Ahmad.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15