Elia santuni komuniti orang asli FELDA Tenang, tegaskan tiada golongan akan dipinggirkan

LABIS – Calon Pakatan Harapan (PH), Elia Nadira Sabudin meneruskan siri kempen akar umbi apabila turun padang menyantuni komuniti Orang Asli di FELDA Tenang dalam usaha mendengar sendiri suara dan keperluan penduduk setempat.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang itu, setiap kunjungan bukan sekadar program bertemu masyarakat, sebaliknya menjadi ruang penting untuk memahami cabaran yang dihadapi rakyat serta memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menyantuni komuniti Orang Asli di FELDA Tenang dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni.

“Pertemuan seperti ini amat bermakna kerana saya dapat bertanya khabar, mendengar sendiri pandangan serta memahami keperluan mereka,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa komuniti Orang Asli merupakan sebahagian daripada keluarga besar masyarakat di Tenang yang perlu terus diberi pembelaan dan peluang pembangunan secara adil serta inklusif.

“Bagi saya, setiap lapisan masyarakat berhak diberi perhatian, didengari dan dihargai. Tiada mana-mana komuniti yang harus dipinggirkan. Aspirasi dan kebajikan mereka perlu sentiasa menjadi keutamaan,” ujar beliau.

Elia Nadira turut merakamkan penghargaan kepada penduduk atas sambutan mesra yang diberikan sepanjang lawatan tersebut, sambil menyifatkan hubungan erat antara pemimpin dan rakyat sebagai asas penting dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu, saling menghormati dan terus maju.

Beliau berkata, pendekatan turun padang dan mendengar denyut nadi rakyat akan terus menjadi komitmennya sekiranya diberi mandat untuk mewakili DUN Tenang.

“Terima kasih atas layanan yang penuh mesra. Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan saling mempercayai, kita mampu membina masa depan yang lebih baik untuk seluruh warga Tenang.

Tenang dengan HARAPAN, masa depan kita bina bersama,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion