Murid jatuh bangunan sekolah gara-gara seekor burung merpati

KUALA NERANG – Seorang murid lelaki tahun lima cedera selepas dipercayai terjatuh dari siling tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di sini ketika mahu menangkap burung merpati pada petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan termasuk tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd. Anuar Junoh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang guru pada pukul 4 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut merupakan kemalangan sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika mahu mengambil burung dan mengalami kecederaan pada tangan kiri. Murid itu kini dirawat di HSB,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa hadir ke sekolah pada sebelah petang untuk mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Murid berkenaan dikatakan menggunakan laluan pili bomba untuk memanjat ke siling di tingkat tiga bangunan sekolah bagi menangkap burung merpati.

Terdahulu, media melaporkan seorang murid lelaki cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di sini.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik