Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, jumlah itu membabitkan 7,960 anggota tentera dan pasangan serta 11,511 anggota polis bersama pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata, proses pengundian yang bermula 8 pagi itu melibatkan 62 pusat pengundian awal di seluruh negeri, sebelum ditutup secara berperingkat pada 12 tengah hari hingga 5 petang.

“Sebanyak 29 pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari, lima pusat pada 2 petang dan baki 28 pusat lagi ditutup sepenuhnya pada 5 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Shahril turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan petugas kerana berjaya mengendalikan proses pengundian tersebut dengan lancar dan cemerlang.

“SPR juga merakamkan penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media serta semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang proses demokrasi itu berlangsung,” katanya.

Menurut SPR, semua peti undi awal akan disimpan di balai polis sehingga hari pengundian pada Sabtu ini sebelum proses penjumlahan rasmi undi dijalankan.

PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

Related Posts

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

MARAN – Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM450 juta bagi membiayai kerja membaik pulih dan pembinaan rumah baharu bagi petugas FELDA di tanah rancangan di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang