18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bermula Hari Penamaan Calon pada 27 Jun lalu hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, 10 kertas siasatan adalah kes baharu yang direkodkan antara Jumaat lalu hingga semalam.

“Bagi 10 kertas siasatan yang baharu dibuka, satu kes adalah di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

“Satu lagi kes di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan kempen pilihan raya dan batasannya.

“Selain itu, lapan kes di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen, pihak polis turut menerima 3,484 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti politik, dengan 3,215 daripadanya diluluskan.

Menurutnya, sebanyak 3,182 program politik dipantau bagi memastikan setiap aktiviti berlangsung mengikut peruntukan undang-undang selain tidak mengganggu keselamatan serta ketenteraman awam.

Beliau berkata, secara keseluruhannya keadaan keselamatan di Johor sepanjang kempen PRN Johor kekal terkawal dan berada pada tahap yang baik.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rahaman berkata, proses pengundian awal membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRN Johor hari ini berlangsung dengan lancar.

Katanya, setakat pukul 5 petang, kadar keluar mengundi direkodkan sebanyak 95.42 peratus, membabitkan 11,511 pengundi daripada keseluruhan 12,706 pegawai, anggota polis serta pasangan yang berdaftar sebagai pengundi awal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Related Posts

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

MARAN – Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM450 juta bagi membiayai kerja membaik pulih dan pembinaan rumah baharu bagi petugas FELDA di tanah rancangan di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang