SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SHAH ALAM – Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berjaya memperoleh tajaan berjumlah RM8 juta setakat ini menerusi sumbangan daripada 17 syarikat swasta dan anak syarikat Kerajaan Negeri, sekali gus mengukuhkan persiapan menjelang temasya sukan terbesar negara itu.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata tajaan tersebut merangkumi sumbangan dalam bentuk wang tunai, barangan dan perkhidmatan.

Katanya, sumbangan itu bukan sahaja membantu melancarkan penganjuran temasya, malah menyokong pembangunan sukan serta usaha melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.

“Pada peringkat awal, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM100 juta untuk penganjuran SUKMA, namun disebabkan beberapa kekangan, jumlah itu dikurangkan sebanyak 50 peratus.

“Kita juga tidak menerima sebarang sumbangan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Sebab itu, kita amat menghargai komitmen anak syarikat Kerajaan Negeri serta syarikat korporat dan swasta yang tampil membantu menjayakan SUKMA Selangor 2026,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Penaja dan Bapa Angkat SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 semalam.

Menurut beliau, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Nestlé Malaysia Berhad (MILO) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) tampil sebagai penaja bertaraf platinum dengan jumlah sumbangan keseluruhan bernilai RM4 juta

Beliau berkata, Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (KUSEL) dan Infrasel Sdn Bhd masing-masing menyumbang RM500,000 sebagai penaja kategori emas bersama Mesuma Sport Sdn Bhd (Marathon), Pusat Konvensyen Setia City dan Pusat Konvensyen Ideal, yang menaja kemudahan fasiliti pertandingan.

Sementara itu, Yonex-Sunrise Sport Sdn Bhd dan Airbnb Singapore Private Limited menyertai kategori penaja perak, manakala kategori gangsa melibatkan Fraser & Neave Holdings Bhd, Asia Pacific Sports Sdn Bhd, Hotel Wyndham Acmar Klang dan KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Mohd Najwan turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja, pihak berkuasa tempatan serta badan yang bertindak sebagai bapa angkat acara sukan kerana bukan sahaja menyalurkan bantuan kewangan kepada persatuan sukan, malah memberikan sokongan moral kepada atlet yang akan bertanding.

SUKMA Selangor 2026 dijadual mempertandingkan 469 acara daripada 37 jenis sukan, manakala Para SUKMA melibatkan 316 acara dalam 10 jenis sukan yang akan berlangsung dari 5 hingga 10 September.

Temasya itu bakal menghimpunkan semua kontinjen negeri, selain Brunei Darussalam yang disahkan menyertai sebagai kontinjen jemputan, menjadikan keseluruhan 15 kontinjen akan beraksi pada edisi kali ini.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat