Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut.

Kejadian itu mula disedari pada jam 9 pagi Sabtu lalu ketika kontraktor seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan ujian penggerudian siasatan tanah di kawasan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 11.10 pagi tadi selepas pegawai JKR hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong untuk mendapatkan nasihat keselamatan.

Susulan itu, sepasukan anggota dari BBP Saratok berserta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Tabuan Jaya segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan.

“Menurut komander operasi, setakat tengah hari tadi, permukaan lubang penggerudian tersebut dilaporkan masih aktif mengeluarkan gas berserta bunyi pelepasan dari dalam tanah.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak memasang sawar keselamatan pada jarak radius 30 meter dari lokasi kejadian bagi menghalang orang awam daripada menghampiri kawasan berisiko tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tegasnya, pihak kontraktor turut dinasihatkan untuk menghentikan semua bentuk kerja-kerja penggerudian di lokasi kejadian sehingga siasatan lanjut selesai.

JBPM Sarawak kini bergantung kepada kepakaran pasukan HAZMAT bagi mengenal pasti identiti dan tahap bahaya gas yang terbebas tersebut.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali