Malaysia perluas kerjasama dengan Iran

PUTRAJAYA – Malaysia dan Iran dalam usaha memperluas kerjasama khususnya dalam bidang infrastruktur, teknologi, telekomunikasi, pendidikan dan keterjaminan makanan. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian dalam pertemuan bersama Naib Presiden Pertama Iran, Dr. Mohammad Reza Aref.

Katanya, pertemuan di peringkat tertinggi itu membuktikan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Republik Islam Iran terus kukuh serta saling menghormati.

“Dr. Mohammad Reza Aref menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam serta pendirian tegas Malaysia mengecam kekejaman yang dilakukan oleh Amerika dan Zionis Israel.

“Beliau turut menghargai suara Malaysia yang sentiasa menggesa agar keadilan ditegakkan dan keamanan dikembalikan kepada rantau tersebut,” kongsinya di media sosial pada Ahad.

Mohammad Reza Aref turut menyatakan pandangan bahawa Malaysia dan Republik Iran merupakan dua negara Islam yang memainkan peranan penting serta mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

“Insya-Allah, Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang berprinsip, memperkukuhkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat serta menyokong segala usaha ke arah keamanan, keadilan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Related Posts

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony
  • AdenAden
  • October 26, 2026

MELAKA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi”…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menurunkan kadar penangguhan giliran menunaikan haji daripada lebih 50 peratus kepada hanya 18 peratus selepas melaksanakan syarat simpanan minimum RM15,000. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak