
MAGHRIBI muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Kanada 3-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik.
Azzedine Ounahi muncul wira apabila meledak dua gol pada babak kedua, sebelum Abderrazak Hamdallah Rahimi melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.
Namun, kemenangan bergaya itu sedikit dicemari apabila penyerang Maghribi, Ismael Saibari yang juga penjaring terbanyak pasukan pada kejohanan ini, terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.
Kanada pula menamatkan kempen Piala Dunia dengan kenangan manis apabila mencatat kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan mereka menerusi kemenangan besar ke atas Qatar pada peringkat kumpulan, sebelum menewaskan Afrika Selatan dalam pusingan 32 terbaik.





