Jamin rakyat tidak terbeban, Sarawak saran pencerahan menyeluruh pelaksanaan SKDS

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Kewangan (MOF) digesa mengadakan sesi libat urus khas berhubung pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, langkah itu penting bagi memberi penjelasan menyeluruh kepada pemain industri, syarikat logistik dan pihak berkepentingan.

“Saranan tersebut dibuat susulan pelbagai pertanyaan serta kebimbangan pengusaha pengangkutan dan komuniti perniagaan mengenai pelaksanaan dasar berkenaan yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.

“Masih ramai pihak kurang jelas berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, mekanisme pembelian diesel bersubsidi serta implikasinya terhadap operasi harian mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima taklimat khas berhubung pelaksanaan SKDS daripada pegawai KPDN dan MOF secara hibrid di Bangunan Baitulmakmur pada Jumaat.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, Leonard Wilfred Yussin; Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin; dan barisan pegawai tertinggi Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Mengulas lanjut, Lee menegaskan sesi libat urus secara langsung amat penting bagi merungkai kekeliruan dasar, sekali gus memberi ruang kepada pemain industri menyuarakan cabaran operasi yang dihadapi.

Tambahnya, pelaksanaan dasar SKDS perlu mengambil kira faktor geografi serta rangkaian logistik di Sarawak yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Komunikasi berterusan antara agensi pelaksana dengan pemain industri amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar tanpa menjejaskan operasi perniagaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengusaha dan syarikat yang mempunyai kemusykilan supaya merujuk saluran rasmi kerajaan di Pejabat KPDN berhampiran, e-mel mysubsidi@kpdn.gov.my atau menghubungi talian SKDS yang disediakan.

Related Posts

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

LIMBANG – Pendekatan turun padang menerusi Karnival Mini Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Hari Kerjaya 2026 memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes liwat dan cabul membabitkan dua pelajar lelaki sebuah kolej di Glenmarie, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi