Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Tapis di Ladang Sawit PORIM, Kabong di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden (DSP) Mathew Manggie berkata, operasi pada 2 Julai itu melibatkan Pasukan Petugas Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

“Kira-kira jam 1.46 petang, Pasukan Petugas Khas IPD Saratok yang diketuai Inspektor Henry bertindak atas maklumat dan membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki tempatan yang disyaki penagih dadah,” katanya.

Menurut beliau, suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin,” jelasnya.

Tambahnya, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar