Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

KOTA SAMARAHAN – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menegaskan golongan wanita perlu diberi peluang memegang jawatan pembuat keputusan bagi memperkasa sektor sukan negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata demikian semasa merasmikan Program Kepimpinan Wanita Dalam Sukan 2026 di UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan pada Khamis.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN), UiTM dan Majlis Sukan Negeri Sarawak bagi meningkatkan kapasiti serta penyertaan wanita dalam kepimpinan sukan.

Menurut Mordi, menerusi Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026-2030, kementeriannya menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan pengurusan tertinggi organisasi sukan diterajui oleh golongan wanita.

Sasaran tersebut mencerminkan komitmen kementerian untuk memperkasa peranan mereka dalam proses membuat keputusan, sekali gus memastikan penyertaan kepimpinan kumpulan itu terus diperkukuh.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat supaya mengikis stereotaip yang sering mengaitkan keupayaan memimpin dengan jantina.

Tegasnya, kriteria kepimpinan sewajarnya dinilai berdasarkan kompetensi, integriti dan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

“Golongan wanita turut digalakkan untuk tampil memimpin dan memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan sukan negara,” katanya.

Majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan laungan ‘Agik Idup, Agik Ngelaban’ yang menjadi simbol ketabahan dan semangat juang rakyat Sarawak.

Related Posts

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak mengambil inisiatif proaktif menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 dengan mengedarkan Kit 1 Rumah 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

KUCHING – Sarawak menyasarkan peluasan jaringan penerbangan antarabangsa ke destinasi utama di Asia menerusi syarikat penerbangan miliknya, AirBorneo bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi serantau. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

Sarawak ketengah pesona ‘Soul of Borneo’ ke persada antarabangsa

Sarawak ketengah pesona ‘Soul of Borneo’ ke persada antarabangsa

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia