Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

KUANTAN – Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM700 juta dalam tempoh kurang enam bulan tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan itu sekali gus meletakkan Pahang pada landasan betul untuk mengulangi kejayaan kutipan lebih RM1 bilion yang direkodkan empat tahun berturut-turut.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu, prestasi kutipan hasil negeri tahun ini dilihat lebih baik walaupun berdepan krisis global kesan peperangan yang berlaku di Asia Barat.

“Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah sebelum akhir Jun kita dah dapat RM700 juta lebih.

“Selalunya kita dapat dalam RM600 juta dalam tempoh itu tapi kali ini kita dapat RM700 juta lebih.Ini menunjukkan bahawa prestasi kewangan yang sangat baik,” katanya, lapor Sinar Harian.

Wan Rosdy berkata, prestasi itu turut disumbang kecekapan pihak-pihak yang berkaitan memastikan hasil negeri meningkat.

“Kita juga berjaya meminimakan ketirisan yang turut menyumbang kepada peningkatan hasil tahun ini.

“Saya sangat optimis kejayaan mengulangi kutipan hasil lebih RM1 billion tahun ini akan dapat dicapai berdasarkan rekod prestasi yang ada sehingga hari ini,” ujarnya.

Tahun lalu, Kerajaan Pahang mengulangi pencapaian kutipan hasil melebihi RM1 bilion, sekali gus merekodkan kejayaan tersebut untuk empat tahun berturut-turut sejak 2022.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar