Sepanyol mudah atasi Austria 3-0, mara ke pusingan 16 terbaik

SEPANYOL mempamerkan penguasaan penuh apabila menewaskan Austria 3-0 dalam aksi pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 di Stadium Los Angeles, awal pagi tadi, sekali gus melangkah ke pusingan 16 terbaik dengan bergaya.

Juara Eropah itu tidak berdepan banyak masalah mengawal permainan sejak awal perlawanan apabila mendominasi penguasaan bola dan terus menekan benteng Austria yang serba tidak menjadi.

Sepanyol membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi Mikel Oyarzabal yang menyudahkan hantaran cantik Marc Cucurella hasil gerakan kemas di sebelah kiri.

Sebelum itu, Austria beberapa kali cuba bertahan dengan disiplin tinggi, namun gagal mengekang asakan bertali arus pasukan lawan diketuai pemain tengah muda berbakat, Lamine Yamal dan Pedri.

Ketika perlawanan hampir tamat, Sepanyol melengkapkan kemenangan bergaya menerusi gol kedua Oyarzabal pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Cucurella dalam kotak penalti.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol kini menanti pemenang antara Portugal atau Croatia bagi aksi pusingan 16 terbaik.

Related Posts

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai komitmen kerajaan Selangor dalam memastikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 berlangsung dengan lancar dan meriah. Beliau menyampaikan penghargaan itu kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah