Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

DUNGUN – Seorang mekanik direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai disembunyikan di dalam loker sebuah asrama institusi pendidikan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat nerkata, perintah reman terhadap suspek yang berumur 24 tahun berasal dari Kuala Terenganu sehingga Khamis dibuat bagi membolehkan polis meneruskan siasatan terhadap peranan lelaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Setakat ini, suspek belum didakwa di mahkamah dan penahanannya tidak boleh dianggap sebagai bukti bersalah.

“Kes tersebut melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai melahirkan bayi berkenaan di tandas asrama sebelum membalutnya dengan kain, memasukkannya ke dalam beg dan menyimpannya di dalam loker pada 9 September lalu,” katanya.

Kejadian dilaporkan terbongkar selepas pelajar itu meminta bantuan pihak pengurusan sebuah masjid untuk menguruskan pengebumian bayi berkenaan.

Menurut Nik Ab Halim, mayat bayi kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun bagi menjalani bedah siasat untuk menentukan punca kematian, termasuk sama ada bayi itu dilahirkan hidup atau meninggal dunia ketika proses kelahiran.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan menyembunyikan kelahiran. Peruntukan berkenaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih bergantung pada hasil bedah siasat, keterangan saksi dan bukti forensik selain hubungan serta tahap penglibatan mekanik berkenaan juga belum boleh disimpulkan sehingga siasatan selesai.

Related Posts

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

KUCHING – Ekonomi Sarawak diunjurkan berkembang antara lima hingga enam peratus pada 2027, disokong permintaan domestik yang berdaya tahan serta pelaksanaan berterusan projek pelaburan strategik. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

KUCHING – Kerajaan Sarawak menyemak naik unjuran hasil negeri bagi 2026 kepada RM13.571 bilion, meningkat RM552 juta atau empat peratus berbanding anggaran asal RM13.049 bilion. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar