Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

KUALA LUMPUR – Trend peningkatan berterusan pendaftaran murid Melayu jelas dengan pendaftaran 41,133 murid Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.  

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia merangkumi 9.01 peratus daripada keseluruhan murid yang mendaftar di SJKC seluruh negara.

Berbanding tahun 2022, seramai 34,870 murid Melayu mendaftar di SJKC, merangkumi 6.84 peratus daripada keseluruhan enrolmen.

Tambah Fadhlina lagi, bagi tahun 2023, terdapat 35,129 murid Melayu mendaftar di SJKC (6.99 peratus), diikuti 39,373 (8.03 peratus) pada 2024 dan 40,035 (8.59 peratus) tahun lalu.

Menurutnya, sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) pula menyaksikan peningkatan pendaftaran pelajar Melayu secara beransur-ansur, daripada 227 (0.26 peratus) pada 2022 kepada 241 (0.28 peratus) pada 2023, 288 (0.35 peratus) pada 2024 dan 295 (0.37 peratus) tahun lalu.

“Sehingga 31 Mei 2026, 320 murid Melayu atau 0.41 peratus direkodkan mengikuti pendidikan di SJKT,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Fadhlina menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) berhubung jumlah dan peratusan murid Melayu yang mendaftar di SJKC dan SJKT sejak lima tahun lalu.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP