BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

KEPUTUSAN Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor merupakan satu pertaruhan besar buat Barisan Nasional (BN).

Menurut penganalisis politik Liyana Marzuki berkata, sebelum pembubaran dibuat, BN berada dalam kedudukan cukup selesa apabila menguasai DUN Johor dengan majoriti dua pertiga tanpa perlu bergantung kepada mana-mana gabungan lain.

Menurutnya, persoalan besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti ialah sama ada BN masih mampu mengekalkan penguasaan mutlak atau terpaksa berkongsi kuasa dengan gabungan lain termasuk Pakatan Harapan (PH) atau Pas.

“Dari sebelum bubar, BN total control DUN, siap dua pertiga.

“Adakah lepas ini perlu berkongsi kuasa? Sama ada dengan Pas atau PH. Bersatu pasti dianaktiri punya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam masa sama, Liyana yang juga pengendali podcast ‘Jangan Pajak Otak’ turut mengulangi pandangannya kepada beberapa rakan dalam PH dan BN.

Ujarnya, jika PH memenangi PRN Johor sekalipun, gabungan itu sepatutnya membuka ruang kerjasama dengan BN demi kestabilan politik negeri.

Beliau turut mencadangkan semangat Kerajaan Perpaduan diteruskan dengan memberi ruang kepada BN untuk turut bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Lagi baik, kalau PH menang sekalipun serah saja kerusi Menteri Besar kepada Umno.

” Biarkan mereka uruskan istana. Ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Liyana turut menjadikan model kerjasama politik di Perak sebagai contoh terbaik yang menurutnya patut dihargai kerana lebih mengutamakan pembinaan negara berbanding persaingan politik kepartian semata-mata.

Namun, beliau mengakui pandangan tersebut mungkin bersifat idealistik memandangkan realiti politik sebenar sering dipengaruhi kepentingan parti dan percaturan kuasa.

“Itu beza politik kepartian dengan politik bina negara,” kata Liyana lagi.

Untuk rekod, komposisi DUN Johor sebelum pembubaran menyaksikan BN menguasai 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 13 kerusi manakala PN hanya tiga kerusi.

Bagi PRN Johor kali ini, BN dan PH bertanding secara solo di semua 56 kerusi yang dipertandingkan.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak