Puad ‘sound’ Onn Hafiz: Kalau takut Maszlee, lawan saya!

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menyertai sesi debat terbuka, sambil mendakwa Menteri Besar Johor itu enggan berbuat demikian kerana tidak bersedia berdepan dengan hujah pihak lawan.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin, Mohd Puad berkata alasan bahawa budaya berdebat bukan cara Johor tidak sepatutnya dijadikan sebab untuk menolak cadangan tersebut kerana perdebatan boleh dilaksanakan secara beradab, berhemah dan berasaskan fakta.

Menurut beliau, debat merupakan platform terbaik untuk rakyat menilai kemampuan serta kewibawaan seseorang pemimpin dalam mempertahankan dasar dan pandangan masing-masing.

“Saya yakin Onn Hafiz sebenarnya takut untuk berdebat dengan Dr Maszlee. Dia guna alasan bahawa bertikam lidah dan berdebat bukan cara Johor. Siapa kata berdebat bukan cara Johor? Cara Johor ialah berdebat secara beradab, berhemah, tanpa menengking dan tanpa sorakan yang melampau,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Onn Hafiz mempunyai hujah yang baik untuk dipertahankan dan seharusnya menerima cabaran tersebut demi memberi ruang kepada rakyat membuat penilaian secara terbuka.

Mohd Puad turut menyindir dengan mencadangkan supaya Onn Hafiz menghantar Dr Akmal Salleh sebagai wakil sekiranya enggan berdebat sendiri.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengimbau pengalamannya ketika menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan mendakwa Onn Hafiz pernah meminta supaya perbahasan berkaitan Enakmen ADUN Lantikan dihadkan.

Menurutnya, permintaan itu dibuat kerana kerajaan ketika itu didakwa bimbang pihak pembangkang menggunakan ruang perbahasan untuk mengkritik pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ).

Selain itu, Mohd Puad mendakwa Onn Hafiz juga pernah mencadangkan supaya tempoh sesi soalan lisan dan perbahasan DUN dipendekkan. Namun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat tindakan itu tidak adil kepada wakil rakyat yang telah membuat persediaan serta boleh menjejaskan martabat institusi DUN.

Mengakhiri kenyataannya, Mohd Puad sekali lagi mengulangi cabaran kepada Onn Hafiz.

“Kalau tidak berani dengan Dr Maszlee, berdebat dengan saya pun ok juga,” katanya.

Setakat ini, tiada kenyataan balas daripada Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung dakwaan dan cabaran yang dikemukakan oleh Mohd Puad.

Related Posts

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

KENYATAAN Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa matlamat Pas dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 (PRN Johor) adalah untuk memastikan Johor diterajui oleh orang Melayu Islam menunjukkan parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Haniff ajak rakyat nilai kepimpinan Anwar Ibrahim, jelas dasar Kerajaan MADANI

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Haniff Hosman, menyeru rakyat agar terus memberikan sokongan kepada Kerajaan MADANI dengan menilai pencapaian serta dasar yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

Usaha perkukuh syiar Islam mualaf Orang Asli Pahang perlu konsisten

Usaha perkukuh syiar Islam mualaf Orang Asli Pahang perlu konsisten

Teratak Kasih Tok Nan Miri berwajah baharu, terus santuni pesakit HIV tanpa stigma

Teratak Kasih Tok Nan Miri berwajah baharu, terus santuni pesakit HIV tanpa stigma