GLIC, GLC, Petronas jayakan BAKAT MADANI, 25,000 belia bakal terima manfaat

SENDAYAN – BAKAT MADANI memastikan setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang adil untuk mengembangkan potensi dan membina kehidupan yang lebih bermaruah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan dilaksana bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta syarikat minyak Petronas.

“BAKAT MADANI, satu ikhtiar nasional yang digerakkan bersama GLIC, GLC dan Petronas bagi membuka peluang kepada 25,000 anak muda serta penerima manfaat sepanjang 2026 hingga 2027.

“BAKAT MADANI bukan sekadar membuka ruang latihan dan pekerjaan, tetapi memastikan setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang yang adil untuk mengembangkan potensi dan membina kehidupan yang lebih bermaruah,” katanya dalam ucapan peluncuran program itu pada Isnin.

Jelas Anwar, tanggungjawab Kerajaan MADANI adalah memperluas akses, memperkasa bakat dan memastikan tiada yang tercicir daripada arus kemajuan.

“Kita sedar tidak semua bermula dari titik yang sama. 

“Semoga BAKAT MADANI menjadi pemangkin melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan yakin membina masa depan negara,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Kewangan 11, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir