Lelaki didenda RM10,000 selepas didapati urus niaga diesel tanpa lesen

KOTA KINABALU – Tindakan tegas terhadap kegiatan penyelewengan barang kawalan diteruskan apabila seorang lelaki didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menjalankan urus niaga minyak diesel tanpa lesen sah di bawah penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, tertuduh Abdul Salam Ismail, 36, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen 7 Kota Kinabalu pada 25 Jun lalu atas pertuduhan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

“Kesalahan itu melibatkan urus niaga barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel tanpa memiliki lesen yang sah.

“Berdasarkan fakta kes, pada 19 April 2026, hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah menjalankan pemeriksaan di kawasan parkir Jalan Tugu, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 186 liter minyak diesel yang disimpan dalam sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter di bahagian belakang sebuah kenderaan Toyota Hilux Rocco.

“Siasatan lanjut mendapati tertuduh tidak memiliki lesen sah untuk menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Isnin.

Menurutnya, dalam prosiding di hadapan Yang Arif Tuan Hurman Hussain, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

“Tertuduh bagaimanapun telah menjelaskan bayaran denda tersebut.

“Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan minyak diesel berjumlah RM774.09 diserahkan sebagai hasil Kerajaan Malaysia, manakala semua barang sitaan dilucuthakkan kepada kerajaan kecuali kenderaan yang diarahkan dikembalikan kepada pemilik berdaftar,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kesalahan tersebut, Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“Selain hukuman denda dan penjara, tindakan lucuthak terhadap barang sitaan termasuk kenderaan juga boleh dikenakan oleh mahkamah sebagai langkah tegas membendung aktiviti penyelewengan barang kawalan.

“KPDN Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan melalui Ops Tiris 4.0 Bersepadu dengan kerjasama agensi penguat kuasa berkaitan bagi memastikan subsidi kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

“KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang mengambil kesempatan menyalahgunakan barang kawalan sehingga menyebabkan ketirisan hasil negara dan menjejaskan kepentingan rakyat,” jelasnya.

Dalam masa sama, KPDN Sabah menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran rasmi kementerian bagi membantu usaha membanteras kegiatan tersebut.

Related Posts

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM