SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada pengundi yang layak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dibuat mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Beliau berkata, proses pengeluaran kertas undi pos dilaksanakan hari ini oleh petugas pilihan raya di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kesemua 24,677 kertas undi pos itu terdiri daripada 23,288 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan Petugas Media), 1,044 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) dan 345 kertas undi pos kategori Borang 1C (Agensi/Organisasi).

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairul Shahril berkata, SPR mengingatkan semua pengundi pos supaya menandakan kertas undi, mengisi Borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) dengan lengkap dan betul serta mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari pengundian, iaitu 11 Julai depan.

“Pengundi juga diingatkan sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

Sebelum ini, SPR memaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi pengundi dalam dan luar negara untuk PRN Johor boleh dibuat secara dalam talian.

Related Posts

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) menjadi asas baharu kerajaan dalam mempercepat transformasi digital negara serta memperkukuh kesiapsiagaan Malaysia menghadapi perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), automasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan penurunan harga minyak di pasaran dunia memberi manfaat secara langsung kepada pengguna melalui harga barangan yang lebih rendah di pasaran tempatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil